FAO Seru Elak Krisis Makanan

2020-04-01 14:14:10  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Qu Dongyu menyeru supaya langkah diambil untuk meminimumkan impak wabak COVID-19 terhadap rantai bekalan makanan. 

Dalam artikel yang ditulisnya baru-baru ini, beliau menggesa negara-negara di dunia agar bertindak segera bagi mengelakkan berlakunya krisis makanan susulan situasi kecemasan kesihatan awam ini, yang barangkali akan menggendalakan bekalan atau mengakibatkan kenaikan harga bahan makanan. 

Katanya, faktor ketidakpastian dalam bekalan makanan mungkin menyebabkan pemimpin pelbagai negara melancarkan sekatan perdagangan untuk memelihara keselamatan bahan makanan sendiri.

Bagaimanapun, pengalaman daripada krisis harga makanan yang tercetus pada 2007 hingga 2008 membuktikan tindakan seumpama hanya akan memburukkan keadaan. Ketika menghadapi wabak COVID-19 ini, bekerjasama dan berganding tenaga barulah pilihan yang bijak. 

王瑾