China Mula Lapor Kes Asimptomatik

2020-04-01 14:46:11  CRI
Share with:

Bermula hari ini, pesakit asimptomatik juga akan dimasukkan dalam kiraan harian wabak COVID-19 di China. 

Perkembangan ini dimaklumkan semasa taklimat media oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China semalam. 

Ketua Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC), Ma Xiaowei menyatakan penularan wabak COVID-19 yang tertumpu di bandar Wuhan telah dibendung dengan efektif, membawa hasil penting pada fasa semasa pencegahan dan kawalan wabak berkenaan. 

Katanya, sejak kumpulan kerja kerajaan pusat tiba di Wuhan pada 27 Januari, kerja-kerja pencegahan dan pengawalan wabak dijalankan dengan efisien. Usaha tertumpu pada rawatan pesakit serta kawalan wabak di peringkat komuniti. 

Pada masa ini, lebih 63,000 atau kira-kira 93% pesakit COVID-19 di provinsi Hubei sudah sembuh seluruhnya. Kadar pesakit sembuh di bandar Wuhan pula mencatat 92%. 

Setakat 30 Mac, bilangan kes kritikal di China telah menurun kepada 493 berbanding lebih 9,000 pada masa puncak.

Sekarang, fokus utama di China ialah mencegah penularan dari negara lain bagi menghalang pemerebakan semula di dalam negeri. 

王瑾