PMI China Melonjak ke 52%

2020-04-01 13:49:31  CRI
Share with:

Data terkini daripada Biro Statistik Negara (NBS) serta Persekutuan Logistik dan Pemerolehan China menunjukkan, indeks pengurus pembelian (PMI) bagi sektor perkilangan melonjak ke 52% pada bulan Mac, iaitu 16.3 mata peratusan lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. 

Pakar berkenaan beranggapan hal ini memperlihatkan momentum keseluruhan ekonomi China sedang beransur-ansur meningkat. Wabak COVID-19 yang tercetus sejak awal tahun ini telah membawa impak besar terhadap ekonomi China, khususnya pada bulan Februari yang menyaksikan angka PMI menjunam ke tahap paling rendah dalam sejarah, lebih buruk daripada parasnya sewaktu krisis kewangan antarabangsa pada 2008. 

Sejak awal Mac, langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk melawan wabak dan menjana pembangunan sosioekonomi mencapai hasil yang menggalakkan. Penularan wabak kian reda, dan majoriti syarikat yang ditinjau telah menyambung semula kegiatan pengeluaran secara teratur. 

王瑾