Langkah China Kawal Wabak Dipuji Saintis

2020-04-02 13:55:15  CRI
Share with:

Langkah-langkah yang diambil China untuk membendung wabak COVID-19 dikatakan yang paling berani, fleksibel dan aktif dalam sejarah, dan telah berjaya mengubah trend penularan pantas virus tersebut sehingga membolehkan berjuta-juta rakyat terhindar daripada dijangkiti. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam menyatakan, demikianlah konsensus yang dicapai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta pemimpin dari pelbagai negara dan pakar kesihatan. 

Hua berkata, China bersedia terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam perjuangan melawan pandemik semasa, dan akan semampu boleh memelihara keselamatan kesihatan awam di seluruh rantau bahkan dunia. Mutakhir, majalah Science telah menerbitkan satu laporan pengajian bersama oleh saintis dari Amerika Syarikat (AS), Britain dan China. Pada pandangan salah seorang penulisnya yang merupakan ahli penyelidik dari Universiti Cambridge, jika China tidak menutup bandar Wuhan dan mengambil tindakan kecemasan di seluruh negara, jumlah kes jangkitan di luar Wuhan akan melebihi 700 ribu sebelum 19 Februari. Laporan itu menyebut, langkah-langkah yang diambil di China berjaya memutuskan rangkaian jangkitan virus COVID-19 dan mencegah kontak antara sumbernya dengan populasi yang berisiko tinggi, memberi peluang kepada bandar-bandar lain untuk bertindak. 

Sehubungan itu, Hua Chunying berkata dapatan ini selaras dengan pandangan WHO serta konsensus bersama pemimpin dan pakar dari pelbagai negara. 

王瑾