Kes COVID-19 Dijangka Cecah 1 Juta

2020-04-02 11:16:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125799264_15857225660571n

Sebuah stesen subway di Washington DC, Amerika Syarikat kelihatan sunyi senyap pada 31 Mac 2020.

 

Sebanyak 827,419 kes jangkitan wabak COVID-19 telah dilaporkan di seluruh dunia setakat pukul 6.00 petang semalam waktu pusat Eropah (CET). 

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan bilangan kes meningkat dengan pesat pada lima minggu kebelakangan ini, manakala jumlah kematian naik lebih sekali ganda dalam seminggu lalu. Dalam masa beberapa hari akan datang, jumlah kes positif koronavirus dijangka akan memecah angka 1 juta, dengan kira-kira 50,000 maut. 

Data terbaharu WHO menunjukkan wabak tersebut telah dikesan di 205 negara dan wilayah, meragut nyawa 40,777 pesakit. 

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat pukul 7.00 malam 1 April waktu timur Amerika Syarikat (AS), jumlah kes yang dilaporkan di negara itu telah mencecah 213,372 dengan 4,757 daripadanya meninggal dunia. 

Menurut statistik rasmi Itali, setakat pukul 6 petang semalam, jumlah kes jangkitan di negara itu mencatat 110,574 dengan 13,155 kematian. 

Di Perancis pula, jumlahnya meningkat kepada 56,989 dengan 4,032 kematian dilaporkan. 

王瑾