Guterres: COVID-19 Ujian Terbesar Manusia

2020-04-02 12:57:16  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan wabak COVID-19 sebagai ujian terbesar bagi seluruh umat manusia sejak PBB ditubuhkan. 

Dalam laporannya kelmarin, Guterres menyeru agar seluruh umat manusia bahu-membahu mengatasi impak negatif wabak COVID-19 baik terhadap ekonomi mahupun masyarakat. Katanya, entiti ekonomi utama dunia perlu menyelaraskan tindakan, memperkenalkan dasar-dasar yang inklusif dan inovatif, serta memberikan sokongan kewangan dan teknologi sedapat mungkin kepada negara-negara yang paling mudah terjejas. 

Beliau menegaskan adalah amat mustahak respons bersepadu diambil pelbagai negara untuk membendung penularan virus COVID-19. Negara-negara maju perlu membantu negara-negara kurang maju memperkukuh sistem kesihatan mereka dan meningkatkan keupayaan melawan wabak. 

Kesan terhadap sosioekonomi juga perlu diberi perhatian, dengan memfokuskan golongan yang paling mudah terpengaruh seperti wanita, warga emas, orang muda, pekerja berpendapatan rendah serta pengusaha kecil dan sederhana. Ini bermakna, perlunya dasar lebih langsung yang menawarkan sumber, insurans kesihatan dan pengangguran, jaminan sosial lebih luas, serta sokongan untuk mengelakkan syarikat daripada bankrap dan kakitangan diberhentikan. 

王瑾