“Virus Politik” Mesti Dihapuskan

2020-04-02 14:12:19  CRI
Share with:

Bahu-membahu dan kerjasama menjadi konsensus dan tuntutan mendesak masyarakat antarabangsa susulan pemerebakan pantas wabak COVID-19 di seluruh dunia pada masa ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika menghubungi Presiden China, Xi Jinping menerusi telefon baru-baru ini menyatakan beliau akan berusaha memastikan kerjasama kedua-dua negara dalam perjuangan melawan wabak berjalan lancar dengan menyingkirkan segala gangguan. 

Walau bagaimanapun, masih terdapat suara yang menghasut pertentangan antara China dengan AS, yang telah menjadi perosak kepada kerjasama kedua-dua negara tersebut. 

Stephen Bannon, aktivis populis sayap kanan AS dalam satu karangan yang disiarkan akhbar The New York Times kebelakangan ini mengheboh-hebohkan teori bahawa China dan AS sedang “hangat berperang pendapat umum” dan “berperang dagang”, sambil memfitnah parti pemerintah dan kerajaan China sebagai “ancaman kepada seluruh dunia”. 

Sudah tibalah masa kritikal bagi kedua-dua negara untuk bekerjasama melawan wabak semasa, namun ada pula di sebelah AS yang tidak berprinsip sekali lagi menyebarkan “virus politik” seperti ini. Baru-baru ini, pakar kanan penyakit berjangkit AS, Anthony Fauci menjangkakan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu mungkin setinggi 100 ribu hingga 200 ribu pada akhirnya, dengan anggaran beratus-ratus juta kes jangkitan. 

Melihatkan kebarangkalian yang cukup suram ini, ramai di AS yang menggesa supaya kerjasama dengan China diperhebat, baik dalam pemerolehan bahan-bahan perubatan, mahupun penyelidikan saintifik serta perkongsian pengalaman melawan wabak. 

王瑾