Itali Peroleh 30 Juta Pelitup, 22 Juta dari China

2020-04-02 11:30:26  CRI
Share with:

图片默认标题

Seorang pekerja sanitasi kelihatan sedang membuat penyahjangkitan di Piazza del Duomo, pusat Milan, Itali pada 1 April 2020.

 

Itali telah memperoleh kira-kira 30 juta penutup mulut dan hidung dari pembekal di seberang laut, daripadanya 22 juta adalah dari China.  

Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Itali, Luigi Di Maio semalam menyatakan, sejak wabak COVID-19 menular di negaranya, terdapat keperluan mendesak terhadap bahan-bahan perubatan dan peralatan pelindung diri.  

Beliau segera menghubungi rakan-rakan sejawat dari pelbagai negara termasuk China untuk mendapatkan bantuan daripada mereka, di samping menggerakkan semua misi diplomatik negaranya untuk membeli barangan yang diperlukan dari seluruh dunia.  

Kini, Itali telah mengikat kontrak dengan syarikat China untuk membeli 180 juta pelitup muka pada harga pasaran. Antaranya, kumpulan pertama yang berjumlah 7 juta telah tiba di Itali Selasa lepas.  

Menyentuh isu negara asal sumbangan, Di Maio menegaskan bahawa dalam situasi semasa, kerajaan harus sedaya upaya melindungi kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat.

王瑾