AS Tolak Pelitup KN95 dari China

2020-04-02 12:03:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_qinhuangdaokn95

(Sebuah kilang di bandar Qinhuangdao, China mampu mengeluarkan pelitup muka jenis KN95 sebanyak 40 ribu unit sehari.)

 

Proses pembekalan bahan-bahan perubatan melibatkan isu-isu spesifik, misalnya perbezaan dari segi standard pensijilan produk antara negara-negara dan wilayah yang berlainan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying bagaimanapun menegaskan bahawa isu-isu tersebut tidak patut menjadi halangan kepada kerjasama antarabangsa untuk melawan wabak penyakit.

Difahamkan, Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) enggan membenarkan kemasukan penutup mulut dan hidung KN95 keluaran China, yang merupakan alternatif kepada jenis N95.

Sebagai respons, Hua berkata pada masa kritikal ini, pelitup muka sangat diperlukan oleh semua negara, sama seperti di China. Syarikat China sedang sedaya-upaya menghasilkan produk tersebut siang malam tanpa rehat demi memenuhi keperluan dalam negeri, sambil membantu negara lain semampu boleh.

王瑾