Xi Tekankan Pembaharuan Sektor Utama

2020-04-02 13:29:44  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125799612_15857396597231n

 

Provinsi Zhejiang perlu terus menggalakkan pembaharuan dalam sektor-sektor utama dan meneroka cara baharu untuk menyumbang kepada usaha pembaharuan di peringkat negara. 
Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menyambung tinjauan di provinsi tersebut semalam. 

Beliau berkata, pemerebakan pantas wabak COVID-19 di dunia teruk menjejaskan kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, dan China juga tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya. Namun begitu, wujud juga peluang baharu untuk China mempercepat pembangunan sains dan teknologi serta mendorong penaiktarafan sektor perindustrian. Selaku pelopor usaha pembaharuan dan keterbukaan, provinsi Zhejiang merekodkan agregat ekonomi yang keempat terbesar di negara ini. 

Semasa agenda kunjangan ke provinsi itu pada 29 Mac hingga 1 April, Presiden Xi telah meninjau pelabuhan, pangkalan syarikat, kawasan luar bandar dan tanah paya di Ningbo, Huzhou dan Hangzhou. Dalam kenyataan yang dibuat selepas mendengar laporan kerja provinsi berkenaan, Xi menekankan bahawa peluang hendaklah direbut dan dicipta daripada sebarang kesukaran yang dialami. Katanya, dasar dan langkah bersasaran tepat hendaklah disusun secara teratur khususnya yang menyasarkan inovasi, dengan menitikberatkan susun atur strategik industri baru muncul dan akan datang seperti ekonomi digital, gaya hidup dan kesihatan, serta bahan alternatif. 

王瑾