Malaysia Lanjutkan PKP hingga Jun

2020-05-11 13:57:13  CRI
Share with:
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 9 Jun demi mencegah dan mengawal wabak COVID-19.

Dalam ucapan melalui televisyen petang semalam, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kegiatan ekonomi sudah disambung semula secara teratur selepas kerajaan memberi kelonggaran bersyarat pada 4 Mei, dan tidak berlaku apa-apa peristiwa di luar jangkaan.

Setakat semalam, hampir 6.64 juta atau 43.6% daripada keseluruhan warga bekerja di Malaysia telah kembali ke pekerjaan masing-masing.

Dalam pada itu, sebanyak 1,112 daripada 1,178 kawasan di negara itu kini dikategorikan sebagai "zon hijau", yang bermakna tiada kes baharu dilaporkan selama dua minggu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 67 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya 6,656. Antaranya, 108 meninggal dunia sementara 5,025 sudah sembuh.

 

覃淼