Detik-detik Indah Xi Bersama Ibu

2020-05-11 15:12:00  CRI
Share with:

Benang di tangan ibu,

Jahit baju buat si anak.

Jahitannya rapi lagi halus,

Takut meretas jika anak kelewatan.

Ketaatan anak sekecil hati rumput,

Masakan membalas kasih ibu yang umpama mentari.

Puisi bertajuk “Bisikan Hati Anak Perantau” yang dicipta Meng Jiao (751-814), karyawan pada zaman Dinasti Tang ini, dideklamasikan Presiden Xi Jinping dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2015.

Xi Jinping diletakkan harapan meninggi oleh ibunya Qi Xin supaya menyumbang bakti kepada negara dan rakyat.

Asuhan dan didikan ibu telah memberi pengaruh besar kepada beliau.

图片默认标题_fororder_111

Ketika Xi Jinping berusia lebih kurang 5 tahun, ibu membelikannya buku Legenda Yue Fei dan mengisahkan cerita pahawalan itu yang berbakti kepada negara. Sejak itulah, cita-cita untuk berjasa kepada nusa dan bangsa pun tersemai dalam hati Xi Jinping.

图片默认标题_fororder_222

Qi Xin mengamalkan hidup yang sederhana dan tidak pernah mempunyai pembantu rumah meskipun suaminya, Xi Zhongxun menyandang jawatan Naib Perdana Menteri pada ketika itu.

图片默认标题_fororder_333

Kesungguhan Qi Xin dalam kerja juga menyediakan teladan yang baik kepada Xi Jinping.

图片默认标题_fororder_444

Sebelum meninggalkan rumah untuk belajar dan bekerja di provinsi Shaanxi, Xi Jinping yang masih seorang pemuda ketika itu diberikan sebuah beg kecil berisi kit jahitan yang dibuat ibu sendiri. Untuk menzahirkan rasa rindu, ibu menyulam pula tulisan “hati ibu” pada beg tersebut.

图片默认标题_fororder_555

Pada Tahun Baharu Cina 2001, Qi Xin mengadakan perbualan menerusi telefon dengan Xi Jinping yang menyandang Gabenor Provinsi Fujian ketika itu.

Ketika dimaklumkan anaknya tidak dapat pulang dalam hari perayaan, Qi Xin membuat pesanan, “Bertugas dengan baik-baik, inilah ketaatan kepada ibu bapa, juga tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri.”

图片默认标题_fororder_666

Di rak buku Presiden Xi Jinping terpampang beberapa keping gambar yang mengabadikan detik-detik manis beliau bersama-sama keluarga.

Salah satu antaranya merakamkan Xi Jinping bersiar-siar dengan ibunya, Qi Xin di taman.

覃淼