Filipina: Kuarantin Wajib pada Ketibaan

2020-05-12 15:36:50  CRI
Share with:

Jumlah kes COVID-19 di Filipina meningkat kepada 11,086 setakat pukul 4 petang semalam, selepas 292 lagi kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Data Jabatan Kesihatan Filipina juga menunjukkan seramai 7 pesakit meninggal dunia dalam sehari sama, menjadikan angka kematian di negara itu 726.

Jumlah yang sudah sembuh pula mencatat 1,999 selepas 75 pesakit lagi berjaya dirawat.

Jurucakap presiden kelmarin berkata, semua individu yang memasuki wilayah Filipina sama ada warga tempatan ataupun asing, wajib menjalani ujian COVID-19. Mereka kemudiannya akan dikuarantin di pusat tertentu selama dua hingga lima hari sementara menunggu keputusan ujian.
 

徐国玮