COVID-19: Lebih 1,000 Kematian di Indonesia

2020-05-13 12:26:28  CRI
Share with:

Sebanyak 14,749 kes COVID-19 telah dilaporkan di Indonesia setakat semalam, dengan 484 kes baharu dalam masa sehari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan, seramai 3,063 pesakit sudah sembuh manakala jumlah yang meninggal dunia kini mencatat 1,007.

Jakarta kawasan yang paling teruk terjejas, dengan 5,375 kes positif dan 443 kematian dilaporkan. 

Difahamkan, sebanyak 165,000 sampel telah diuji di seluruh Indonesia sejak bermulanya penularan wabak.

覃淼