Filipina Lanjut Perintah Berkurung di Komuniti

2020-05-13 14:59:06  CRI
Share with:

Pihak berkuasa Filipina telah melanjutkan perintah berkurung melibatkan komuniti perumahan di Manila, Cebu dan wilayah Laguna kepada 31 Mei.

Menurut Jabatan Kesihatan Filipina, jumlah kes COVID-19 di negara itu meningkat kepada 11,350 setakat pukul 4 petang semalam, selepas 264 lagi kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Seramai 25 pesakit meninggal dunia dalam sehari sama, menjadikan angka kematian 751. Jumlah yang sudah sembuh pula meningkat kepada 2,106.

Dimaklumkan, Manila, Cebu dan wilayah Laguna paling teruk terkesan akibat COVID-19. Lebih 80% kes positif di seluruh Filipina adalah di tiga kawasan tersebut.
 

徐国玮