Sidang NPC, CPPCC Jadi Tumpuan Dunia

2020-05-15 15:02:04  CRI
Share with:

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan membuka tirainya pada minggu depan.

Kedua-dua persidangan politik yang sangat bermakna bagi negara ini turut mencuri tumpuan global, lebih-lebih lagi tatkala dunia dilanda wabak COVID-19.

Antara yang dijangka menjadi fokus, objektif pembangunan ekonomi, pendekatan bagi memastikan matlamat membasmi kemiskinan tercapai, perbahasan mengenai draf kod sivil dan usaha menangani perubahan persekitaran luaran.

覃淼