Konflik Bersenjata di Filipina, 15 Maut

2020-05-15 12:49:10  CRI
Share with:

Seramai 15 anggota unit gerila New People's Army (NPA) terbunuh dalam konflik bersenjata selama tiga hari dengan tentera Filipina.

Angka kematian bagi pasukan tentera kerajaan bagaimanapun tidak didedahkan.

NPA ditubuhkan pada 1960-an dengan matlamat menggulingkan kerajaan. Konflik antara kedua-dua pihak masih lagi berterusan hingga ke hari ini, dan telah meragut sekurang-kurangnya 30 ribu nyawa.

Pada masa ini, terhadap kira-kira 3,500 anggota unit militan itu yang beroperasi di kawasan kampung dan pergunungan di bahagian tengah dan utara Filipina.

Selepas naik ke tampuk kuasa pada 2016, Presiden Rodrigo Duterte komited menggalakkan rundingan damai antara kerajaan dengan NPA, namun rundingan tersebut digantung pada November 2017.

Susulan penularan COVID-19, Duterte mengusulkan satu gencatan senjata dengan NPA. Tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak tamat pada 30 April lalu.

覃淼