AS Dituntut Tutup Makmal Biologi

2020-05-17 15:39:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_m1

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov baru-baru ini berkata, Amerika Syarikat (AS) telah membina banyak makmal biologi di negara-negara sekeliling China dan Rusia, tetapi enggan mendedahkan kandungan penyelidikan makmal berkenaan. Tindakan dan niat AS tersebut amat mecurigakan. Ucapan beliau menunjukkan curiga dan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Menurut maklumat oleh Jabatan Pertahanan AS, pihaknya telah membina 15 makmal biologi di sekitar Rusia dan China. Walau bagaimanapun, menurut kerajaan Rusia, makmal biologi AS meliputi negara-negara bekas Kesatuan Soviet serta 27 negara di sekitarnya. Setiausaha Persidangan Keselamatan Persekutuan Rusia, Nikolay Platonovich Patrushev mengatakan, AS telah membina lebih 200 buah makmal biologi di seluruh dunia.

图片默认标题_fororder_m2

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang sebelum ini berkata, AS telah membina banyak makmal biologi di negara-negara bekas Kesatuan Soviet, namun enggan memaklumkan fungsi, penggunaan dan indeks keselamatan tentang makmal tersebut. Ini mengundang kebimbangan yang amat serius penduduk tempatan dan negara-negara di sekitarnya. Terdapat tuntutan yang tegas daripada penduduk tempatan untuk menutup makmal tersebut. AS diharap bertanggungjawab dan mengambil prihatin masyarakat antarabangsa dan keselamatan kesihatan penduduk di kawasan berkenaan serta bertindak menghapuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

徐国玮