China Sumbang Dana COVID-19

2020-05-19 13:18:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1126001713_15898063396411n

China akan menyalurkan bantuan berjumlah USD2 bilion (RM8.7 bilion) dalam tempoh dua tahun bagi menyokong negara-negara membangun mengatasi wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi.

Keputusan itu diumumkan Presiden Xi Jinping ketika berucap pada perasmian sesi ke-73 Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara maya semalam.

Beliau berkata, China akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam membangunkan gudang kecemasan kemanusiaan global di China demi menjamin rantai bekalan perkakasan perubatan serta melicinkan urusan pelepasan kastam dan pengangkutan.

Selain itu, mekanisme kolaborasi antara 30 hospital China dan Afrika akan dibentuk bagi meningkatkan kemampuan benua itu mencegah dan mengawal penyakit.

Xi berjanji, sebaik sahaja China menyelesaikan penyelidikan vaksin COVID-19, hasilnya akan dimanfaatkan untuk kebaikan global. Ini menjadi sumbangan China ke arah mencapai kesaksamaan dalam akses dan kemampuan memiliki vaksin di negara-negara membangun.

Sebagai sokongan kepada negara-negara yang teruk terjejas akibat COVID-19, China bersama anggota-anggota lain Kumpulan 20 (G20) akan mengotakan janji untuk menggantung pembayaran hutang negara paling mundur.

 

张哲