Langkah China Pacu Ekonomi Dinanti

2020-05-19 12:17:40  CRI
Share with:

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan dirasmikan pada 22 Mei di Beijing.

Pegawai dan pakar dari banyak negara menaruh perhatian terhadap dua persidangan tersebut, menanti-nantikan lebih banyak dasar yang dapat meningkatkan keyakinan terhadap pemulihan dan pembangunan ekonomi global.

Timbalan pengerusi dewan rendah parlimen Rusia, Pyotr Tolstoy berkata, negaranya bergotong-royong dengan China dalam membendung wabak COVID-19. Rusia memerhatikan langkah-langkah yang akan diketengahkan semasa persidangan NPC dan CPPCC bagi merangsang ekonomi selepas pandemik COVID-19 dikawal secara berkesan di China.

Katanya, Rusia juga perlu melaksanakan pendekatan serupa dan pengalaman China diyakini dapat membantu.

Naib presiden parlimen persekutuan Jerman, Dr. Hans-Peter Friedrich menganggap pemulihan ekonomi yang paling penting selepas COVID-19 diatasi. Bagaimana China akan merancakkan semula ekonomi serta impak langkah-langkah berkenaan terhadap Jerman bahkan Eropah, menjadi tumpuan bersama.

Beliau menambah, kerjasama China-Eropah khususnya dalam sektor ekonomi akan menjadi lebih mustahak berbanding dahulu.

周乔西