Gandakan Usaha Kejar Hidup Lebih Indah

2020-05-20 14:47:42  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mahu penduduk etnik Maonan terus menggandakan usaha demi mengejar kehidupan yang lebih indah.

Xi membuat pesanan itu dalam satu arahan kerja mengenai pembasmian kemiskinan seluruh kelompok etnik tersebut.

Sambil meluahkan rasa gembira melihat semua penduduk etnik Maonan keluar dari kepompong kemiskinan, beliau turut berharap etnik itu meneruskan perjuangan untuk mengecap hidup yang lebih makmur dan sejahtera.

Maonan, salah satu daripada 28 etnik minoriti yang berpopulasi kecil di China.

周乔西