Keberkesanan Ubat Tradisional Cina Terbukti Setelah Diuji

2020-05-20 12:41:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zy

Dalam usaha melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19), ubat tradisional Cina dilihat memainkan peranan penting yang menyaksikan seramai 74 ribu pesakit positif di seluruh negara dirawat dengan ubat tradisional, iaitu 91.5% daripada jumlah keseluruhan.

Kadar keberkesanan ubat itu juga mendapat perhatian dan penilaian positif oleh masyarakat di dalam dan luar negara lebih-lebih lagi setelah terbukti kemampuannya merawat gejala pada peringkat awal, mengurangkan risiko jangkitan parah, memendekkan jalur penyakit dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Hasil kejayaan ubat tradisional tersebut telah mendapat liputan oleh media antarabangsa termasuk Filipina dan Pakistan, serta diberi kelulusan untuk dipasarkan di Thailand selain berjaya didaftar di Indonesia, Kanada, Brazil, Romania dan Mozambique.

图片默认标题_fororder_zy2

 

高蕾