Tiada Bukti Ubat Anti Malaria Berkesan Atasi COVID-19

2020-05-21 13:02:39  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_351610862

Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan keberkesanan ubat anti malaria, hydroxychloroquine dalam merawat atau mencegah wabak COVID-19, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini mendedahkan bahawa beliau telah mengambil ubat tersebut selama lebih seminggu.

Sebaliknya, pegawai program kecemasan kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Scott Michael Ryan berkata, banyak agensi telah memberi amaran terhadap kesan sampingan di dalam ubat tersebut.
 
Dalam satu sidang akhbar berhubung COVID-19 semalam, Michael Ryan memberitahu ubat tersebut telah dihadkan penggunaannya iaitu hanya dalam ujian klinikal pneumonia koronavirus serta dalam pemantauan ahli perubatan.
张宪