Lawatan Putin ke China Tidak Dibatalkan

2020-05-21 11:35:24  CRI
Share with:

Agenda Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk membuat lawatan rasmi ke China tidak dibatalkan walaupun penularan COVID-19 di dunia bertambah buruk pada masa ini.

Duta Besar Rusia, Andrey Denisov dalam taklimat media secara maya semalam menyatakan bahawa pemimpin Rusia dan China biasanya mengadakan pertemuan dua hala sebanyak enam kali setiap tahun.

Agenda pertemuan tersebut akan disusun semula ekoran pemerebakan COVID-19. Sementara itu, kedua-dua pemimpin akan terus mengekalkan perhubungan rapat.

Dalam tempoh dua bulan lalu, Presiden Xi Jinping dan Presiden Putin telah dua kali membincangkan isu-isu bilateral dan antarabangsa yang diberi perhatian bersama menerusi telefon.

周乔西