China, ASEAN Anjur Seminar COVID-19

2020-05-21 12:54:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_5f1aba91-12cf-41e4-98a2-6b52daa59303

Satu seminar mengenai kerjasama melawan wabak COVID-19 diadakan menerusi pautan video semalam, atas anjuran Majlis Perniagaan China-ASEAN (CABC).

Ketua Eksekutif CABC Xu Ningning ketika berucap dalam seminar itu menyarankan China dan negara-negara ASEAN bertindak bersama menangani tempias akibat wabak COVID-19 terhadap ekonomi serantau. Antara saranannya termasuk memulihkan perdagangan, membuka laluan hijau bagi pengangkutan, membaik pulih rantai industri serantau dan mengembangkan projek kerjasama utama.

Naib Pengarah Pusat Penyelidikan Asia Tenggara dan Oceania, Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China, Zhang Xuegang berkata, kemuluran kerjasama ekonomi China-ASEAN dapat dilihat dengan jelas apabila ASEAN muncul sebagai rakan dagang terbesar bagi China pada suku pertama tahun ini. Kedua-dua pihak disyorkan memperkasakan lagi kerjasama dalam usaha menangani risiko, membasmi kemiskinan dan bantuan bencana.

Dekan Fakulti Pengajian Asia Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), Su Yingying pula mengusulkan supaya kerjasama membabitkan kesihatan awam, kuarantin dan perubatan terus dititikberatkan bagi mewujudkan komuniti kesihatan sesama insan yang bahu-membahu.

张哲