WHO: Lebih 120 Vaksin COVID-19 Dikaji

2020-05-21 13:36:32  CRI
Share with:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan lebih 120 vaksin untuk wabak koronavirus baharu (COVID-19) sedang menjalani penyelidikan serta dibangunkan.

Pengarah Projek Kecemasan Kesihatan Teknologi WHO, Maria Van Kerkhove dalam satu sidang media semalam turut memberitahu bahawa sebahagian daripada jumlah vaksin tersebut sedang dinilai dari aspek klinikal.

Bagaiamanapun, beliau menegaskan bahawa tiada jalan pintas yang akan digunakan dalam pelaksanaan kajian berkenaan, sebaliknya ia akan dilakukan secara teliti dan berkesan.
高蕾