Ikatan Pauk-Phaw Bersemarak Lagi

2020-05-21 11:49:50  CRI
Share with:

China dan Myanmar harus mempergiat lagi interaksi dan kerjasama melibatkan pelbagai bidang, terutamanya dalam pembangunan projek koridor ekonomi.

Presiden China, Xi Jinping berujar demikian ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Myanmar, Win Myint menerusi telefon malam tadi.

Xi berkata, ikatan Pauk-Phaw yang terjalin sekian lama antara dua negara lebih kukuh apabila China membantu Myanmar melawan wabak COVID-19 menerusi penghantaran peralatan perubatan dan pakar kesihatan.

Beliau berharap agar kedua-dua negara terus memelihara keselamatan dan keamanan di kawasan sempadan, di samping memperketat kawalan bagi membendung penularan wabak.

Win Myint merakamkan penghargaan kepada China yang terbabit dalam usaha mengatasi wabak di Myanmar. Beliau menyifatkan kerjasama baik antara dua negara sebagai cerminan keazaman mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

 

董筱娉