AS Main Taktik Baharu

2020-05-21 12:37:12  CRI
Share with:
AS kembali dengan taktik baharu selepas bertindak membeku dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih sebulan lalu.

Kali ini, pemimpin AS dalam surat kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengugut untuk menghentikan langsung sumbangan kewangan, malah berundur dari WHO sekiranya tiada pembaharuan substansif dalam 30 hari akan datang. 

Biar apa pun taktiknya, Washington tidak boleh menolak tanggungjawab atas kelalaian dalam  menangani penularan COVID-19. 

Sebagaimana diulas media AS, percaturan politik dan sikap sambil lewa politikus terhadap amaran awal, punca negara itu terlepas masa keemasan untuk mengekang wabak sehingga menyebabkan lebih 91 ribu rakyatnya terkorban.

Tatkala Washington sibuk menabur fitnah, masyarakat antarabangsa pula melantangkan sokongan kepada WHO pada sesi ke-73 Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) yang baharu sahaja berakhir.

Pemimpin negara-negara yang hadir menegaskan solidariti, dengan mengatakan "ini bukan masanya untuk menuding jari atau merosakkan kerjasama multilateral".

Berbeza dengan AS yang menggantung dana, Kesatuan Eropah (EU) serta beberapa negara lain mengumumkan pertambahan bantuan kewangan kepada WHO.
张哲