Takkan Berlaku Krisis Makanan di China

2020-05-22 16:48:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1126019032_15901183935661n

Krisis bahan makanan tidak akan berlaku di China susulan output yang kekal di atas paras 650 juta tan selama lima tahun berturut-turut.

Pemilikan per kapitanya juga jauh melebihi standard keselamatan bahan makanan antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Desa, Han Changfu memaklumkan demikian dalam taklimat media “saluran menteri” sidang ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 yang diadakan di Beijing petang tadi.

Han berkata, pengeluaran bahan makanan tidak boleh dibiarkan berkurang pada bila-bila masa pun.

Beberapa langkah inovatif juga telah dilaksanakan bagi menstabilkan pengeluaran bijirin sekali gus memastikan aktiviti pembajakan pada musim bunga berjalan lancar.

周乔西