Pompeo, “Virus Politik”

2020-05-22 13:18:39  CRI
Share with:

AS tidak dapat lari daripada dihantui penyakit, lebih teruk lagi apabila yang menghantui itu satu "virus politik".

Baru-baru ini, Setiausaha Negara Mike Pompeo mengucapkan tahniah kepada Tsai Ing-wen yang mengangkat sumpah jawatan sebagai pemimpin Taiwan.

Pompeo bagaimanapun menyebut Tsai sebagai "Presiden" dan menguar-uarkan hubungan AS-Taiwan sebagai “rakan kongsi”.

Inilah kali pertama dalam berdekad-dekad lamanya setiausaha negara AS mengucapkan tahniah atas pelantikan pemimpin wilayah berkenaan.

Perbuatan tersebut hanya boleh digambarkan sebagai kelakuan tidak masuk akal yang melanggar prinsip "satu China" serta tiga Pengumuman Bersama China-AS, malah mencampuri urusan domestik negara ini.

Jelas terlihat mentaliti sesetengah politikus AS yang sanggup mempertaruhkan kepentingan negara demi keuntungan sendiri.

Sebelum ini, Ketua Inspektor Jabatan Negara AS, Steve Linick telah dipecat. Pompeo dalam satu taklimat media mengakui pemecatan Linick dibuat atas cadangannya, ekoran prestasi kerja yang tidak memuaskan.

Namun, media AS mendedahkan bahawa Linick sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan Pompeo sebelum dia dipecat.

周乔西