China Intensifkan Sinergi Bendung Wabak

2020-05-22 14:35:29  CRI
Share with:

China akan mengintensifkan kerjasama dengan pelbagai negara dalam perjuangan membendung wabak COVID-19, di samping menggalakkan kemampanan ekonomi serta tadbir urus sejagat.

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan pada persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), turut mengulang komitmen negara ini untuk mempererat ikatan muhibah dengan pihak lain dalam proses memperluas keterbukaannya.

Laporan yang dibawakan Perdana Menteri Li Keqiang, menekankan bahawa semua negara haruslah bahu-membahu untuk mengatasi cabaran global seperti krisis kesihatan awam dan kemelesetan ekonomi.

China akan mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan PBB dan order berasaskan undang-undang antarabangsa, sambil menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Jalan pembangunan secara damai akan terus menjadi pegangan buat China, negara yang sentiasa bergelar penyumbang penting ketenteraman dan kemakmuran dunia.

周乔西