Vaksin COVID-19 vektor jenis 5 adenovirus rekombinan (Ad5-nCoV) dari China, vaksin serupa yang pertama di dunia, telah meluluskan ujian keselamatan, dan didapati mampu menghasilkan respons imun pada tubuh manusia.
Demikian kesimpulan dalam satu tesis berhubung keputusan ujian peringkat I vaksin COVID-19 yang ditulis bersama 21 saintis China, diterbitkan dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet semalam.
Ketua editor jurnal itu, Richard Horton berkongsi kemajuan tersebut menerusi akaun media sosial peribadinya, dengan mengujarkan bahawa vaksin yang dibangunkan China terbukti selamat dan memiliki ciri-ciri toleran yang baik dalam proses percubaan klinikal.
Hasil penyelidikan ini dianggap satu peristiwa yang amat signifikan dalam usaha membangunkan vaksin koronavirus di seluruh dunia.