Palsu Data, Lagi Ramai Nyawa Terkorban

2020-05-23 13:53:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_cccc

图片默认标题_fororder_nnn



Laman sesawang berita politik The Daily Beast melaporkan, pemimpin Amerika Syarikat (AS) berserta ahli Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih sedang bertindak memaksa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bekerjasama dengan pelbagai negeri untuk mengubah cara mengira jumlah mangsa wabak COVID-19. Oleh yang demikian, angka kematian akibat jangkitan wabak tersebut di beberapa negeri mencatat penurunan yang pelik kebelakangan ini.

Memandangkan pilihan raya makin dekat, sesetengah politikus AS langsung tidak endah akan nasihat pakar kesihatan untuk menangani situasi wabak yang makin teruk dengan kes kematian terus bertambah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan yang memang sudah drastik menerusi pemalsuan jumlah mangsa.

Setakat ini, angka kematian akibat jangkitan COVID-19 di AS mencecah 100 ribu orang. Bekas Pengarah CDC, Tom Frieden mengingatkan bahawa negara ini belum mengharungi saat-saat yang paling teruk. Biarpun situasi wabak begitu mencemaskan, namun penggubal-penggubal dasar di Washington hanya peduli akan bagaimana mengambil hati para pengundi menerusi pakej rangsangan ekonomi. Perbuatan yang hilang akal fikiran itu hanya akan mengorbankan lebih ramai nyawa yang tidak berdosa.

 

董筱娉