Pakar S'pura: Matlamat Pembangunan China Jelas

2020-05-24 14:38:19  CRI
Share with:


Naib Presiden Persatuan Nanyang Singapura, Koh Chin Yee menyifatkan matlamat pembangunan sosioekonomi negara China yang diketengahkan dalam laporan kerja kerajaan sebagai amat jelas, iaitu jaminan dalam enam aspek diberi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, tiada matlamat spesifik berhubung pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterangkan dalam laporan itu bukanlah bermakna program pembangunan China diusahakan tanpa sasaran. 

Tatkala wabak COVID-19 masih berlarutan, keputusan Beijing tersebut mempamerkan sikap bertanggungjawab dan keazaman tinggi untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat. 

Langkah-langkah termasuk menyalurkan dana bantuan kepada peringkat akar umbi, merancakkan kegiatan perdagangan, membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sebagainya, berkesan bagi menghalau gangguan akibat penularan wabak.


 

董筱娉