Usul Berkaitan HK Boleh Jadi Rujukan

2020-05-24 15:42:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zhang


Usul berkaitan Hong Kong suatu acuan yang boleh dicontohi pihak terbabit untuk menyelesaikan isu Taiwan, ujar wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari wilayah Taiwan, Chang Hsiung.

Chang berkata, keputusan kerajaan pusat untuk meredakan keadaan kacau-bilau di Hong Kong demi keselamatan negara menerusi perundangan, memperlihatkan iltizam tingginya untuk mewujudkan ketenteraman dan kemakmuran yang berkekalan di sana.

Perbahasan terhadap draf mengenai pembinaan dan penambahbaikan sistem undang-undang dan mekanisme penguatkuasaan di Hong Kong demi menjaga keselamatan negara, antara agenda penting persidangan tahunan NPC China. 

 

董筱娉