Lagi Teruk Situasi Tak Adil Sewaktu Wabak

2020-05-24 14:06:18  CRI
Share with:


Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menerusi akaun media sosialnya menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menghantar balik kanak-kanak pendatang sewaktu wabak COVID-19, terutamanya yang tiada penjaga.

Tanpa hirau risiko penularan wabak, kerajaan AS yang bersikap dingin telah menghantar balik sekurang-kurangnya 1,000 orang kanak-kanak pendatang ke Mexico, El Salvador, Guatemala dan Honduras sejak awal Mac. Perbuatan yang tidak bersimpati tersebut menyebabkan ramai kanak-kanak terkandas di tempat berteduh di kawasan sempadan, malah jatuh sakit hingga mengancam nyawa.

Selain daripada golongan si kecil, mereka yang menetap di pusat jagaan warga emas di AS juga mendapat layanan yang tidak sewajarnya. Di depan mata politikus, mereka dilayani sebagai beban, malah “sampah sarap”. Kerajaan sesetengah  negeri memaksa pusat jagaan warga emas tempatan supaya menyediakan kemudahan katil kepada pesakit COVID-19.

Tatkala yang tua, yang kecil, yang miskin atau kaum-kaum lain di AS melalui detik-detik susah akibat COVID-19, adalah nyata sekali ketidaksamarataan dan percanggahan pandangan dalam kalangan masyarakat ekoran rasisme, stratifikasi sosial serta jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin, yang sudah berakar umbi berdekad-dekad selamanya di negara itu. 

Tahun-tahun kebelakangan ini, situasi tersebut menjadi makin teruk apabila dipergunakan oleh sesetengah politikus. Golongan yang mudah terjejas tidak diberikan sokongan sewajar, sebaliknya makin diketepikan dan diabaikan oleh penggubal polisi.

 

董筱娉