Keterbukaan Pacu Pemulihan Ekonomi Global

2020-05-24 13:26:02  CRI
Share with:

Keterbukaan pintu perlu diperluas bagi memacu pembaharuan dan pembangunan negara ketika menghadapi perubahan persekitaran luaran. 

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan pada persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), mengulang komitmen China bagi meningkatkan tahap keterbukaan dan mempertahankan multilateralisme. Ini dipercayai akan menyuntik keyakinan kepada pemulihan ekonomi global.

Laporan itu turut menggariskan langkah-langkah konkrit bagi menstabilkan perdagangan luar, menggunakan modal asing dengan aktif dan menggalakkan aktiviti perdagangan dan pelaburan ke arah yang lebih mudah dan bebas. Selain itu, usaha memantapkan rantai perindustrian dan bekalan juga dititikberatkan. 

Globalisasi ekonomi, arus sezaman menjanjikan manfaat kepada  majoriti pengguna dengan adanya rantai perindustrian yang lebih ekonomik dan efektif. 

"Meminggirkan China daripada rantai industri” yang dihebohkan oleh sesetengah politikus AS gara-gara amalan perlindungan perdagangan tidak mungkin menjadi halangan kepada proses globalisasi. 

Seperti yang dinyatakan mantan presiden Bank Dunia, Robert B Zoellick, kaedah mengatasi masalah semasa dengan memutuskan keberkaitan ekonomi dengan China pasti akan mengundang lebih banyak kesulitan pada masa hadapan. 

 

张哲