Xi: China Sokong Hubei

2020-05-25 12:24:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xjp2

Kerajaan pusat China serta syarikat milik negara kendaliannya digesa mengintensifkan sokongan kepada provinsi Hubei pasca wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Jawatakuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika menyertai sesi perbincangan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari Hubei semalam.

图片默认标题


Beliau menekankan, kedudukan penting Hubei dalam pembangunan negara dan setempat tidak berubah. Kerajaan akan meringankan beban perusahaan kecil dan sederhana, melaksanakan langkah merangsang penggunaan dan meminimumkan kerugian akibat wabak.

Langkah juga akan diambil untuk mencukupkan peluang pekerjaan bagi graduan baharu dan menjamin kehidupan asas rakyat, serta membawa keluar golongan yang masih terperangkap dalam kepompong kemiskinan.

高蕾