Tuduhan Barat Tiada Asas

2020-05-26 14:40:23  CRI
Share with:

Tiada asas dari segi fakta, undang-undang mahupun kelaziman antarabangsa bagi sebarang tuduhan menyasarkan China dengan beralasan COVID-19. 

Menteri Luar Wang Yi berkata demikian dalam taklimat media di Beijing petang kelmarin, sebagai balasan paling keras setakat ini terhadap sesetengah politikus Barat yang cuba 'menuduh China' dan menuntut China 'membayar pampasan'. 
 
Seperti yang ditegaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus COVID-19 boleh muncul di mana-mana tempat di dunia, dan China juga antara mangsanya. Tuntutan politikus berkenaan bukan sahaja tidak berasas, malah setara dengan perbuatan "menabur garam pada luka orang lain". Tidakkah ini mengkhianati prinsip moral dan hati nurani?

Ketika ini, asal usul COVID-19 masih belum dikenal pasti oleh lingkungan perubatan dan sains sedunia. Kajian mereka menunjukkan, virus itu sudah pun merebak di Amerika Syarikat dan Perancis pada November tahun lepas atau lebih awal, melibatkan pesakit yang tiada sejarah perjalanan. Ini bermakna ada kemungkinan besar penularannya berlaku serentak di serata dunia. Jadi, mengapa hanya China yang menjadi sasaran politikus AS?

Sebenarnya, yang patut dituntut bertanggungjawab itu ialah AS. Mereka bukan sahaja tidak dapat menerangkan bilakah masanya wabak tercetus di dalam negeri, bahkan mengubah data seperti angka kematian. Oleh sebab Washington gagal mencegah dan mengawal penularan COVID-19, AS menjadi "pengeksport utama" kes jangkitan di dunia, turut mengancam keselamatan kesihatan awam global. Bukankah ini yang sepatutnya disiasat dengan jelas? 
曹捷