Undang-undang Keselamatan, Satu “Sinar Harapan”

2020-05-27 15:20:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_HK


Penduduk Hong Kong telah menunjukkan sokongan mereka terhadap draf undang-undang keselamatan negara yang dibahaskan sidang ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13.

Setakat semalam, lebih 1.1 juta penduduk telah menurunkan tandatangan melalui petisyen secara dalam dan luar talian selama tiga hari.

Dengan ini, dapat dilihat betapa draf resolusi berkenaan menyala semula "sinar harapan" buat pembangunan seluruh wilayah. Keteguhan tekad kerajaan pusat dan tempatan juga dikatakan telah membantu penduduk Hong Kong memulihkan semula keyakinan mereka. 

Satu tinjauan pendapat umum mendapati sebahagian besar responden dari Hong Kong bersetuju dengan penggubalan undang-undang demi keselamatan negara.

Dalam pada itu, laporan kerja kerajaan China tahun ini turut menitikberatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, serta kemakmuran dan kestabilan yang berkekalan di Hong Kong dan Makau.

张宪