"Satu Negara, Dua Sistem" Takkan Goyah

2020-05-27 13:06:35  CRI
Share with:

China bertekad untuk terus melaksanakan prinsip "satu negara, dua sistem", dan membela kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian menyatakan demikian, sambil menambah bahawa China menentang sebarang campur tangan terhadap urusan Hong Kong.

Dalam sidang media di Beijing semalam, Zhao ditanya wartawan tentang suatu persatuan peguam yang menyatakan kemungkinan draf resolusi membabitkan Hong Kong yang dibahas dalam Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) melanggar Undang-undang Asas.

Kata Zhao, Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wang Chen telah membuat kenyataan mengenai perkara ini, sementara jabatan berkenaan sudah pun menjelaskan pendirian China. 

高蕾