Saran Percepat Gubal Undang-undang Kekebalan

2020-05-28 11:35:30  CRI
Share with:

China disarankan secepat mungkin menggubal undang-undang kekebalan negara asing yang selaras dengan keadaan sendiri, untuk melindungi hak dan kepentingan warga negara dan pelabur asing secara sama rata.

Saranan dibuat oleh Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ma Yide yang juga seorang penyelidik undang-undang dari Akademi Sains Sosial Beijing.

Beliau berkata, sudah menjadi kelaziman di dunia untuk mengamalkan prinsip kekebalan yang terhad. Namun secara praktiknya, terdapat banyak kes kerajaan pusat dan tempatan China didakwa di mahkamah negara lain seperti Amerika Syarikat (AS).

Ketiadaan peruntukan undang-undang kekebalan seumpama di China menjadi halangan kepada warga negara ini untuk mendapatkan bantuan badan kehakiman domestik, malahan pihak kerajaan pula sering disaman di mahkamah seberang laut.

Keadaan ini meletakkan China di kedudukan yang merugikan dalam interaksi sesama negara.

高蕾