Undang-undang Keselamatan Negara Perkukuh Kedudukan HK

2020-05-28 17:06:51  CRI
Share with:

 

Langkah menubuhkan dan menyempurnakan sistem perundangan dan penguatkuasaan yang bertujuan melindungi keselamatan negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong kondusif kepada usaha menyediakan jaminan kepada penduduk tempatan, menambah baik persekitaran perniagaan secara teratur dan memperkukuh kedudukan wilayah terbabit sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Penasihat kanan syarikat CK Hutchison Holdings Bhd., Li Ka-shing berkata, sebarang negara berhak dan bertanggungjawab terhadap keselamatan negara sendiri. Gubalan itu diharap boleh meurangkan kebimbangan kerajaan pusat terhadap wilayah berkenaan dan memainkan peranan positif kepada kestabilan dan pembangunan yang berpanjangan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat Swire Group semalam, pihaknya menyokong prinsip "satu negara, dua sistem", dan menyifatkan penggubalan itu komponen penting bagi pelaksanaan dasar terbabit.

 

高蕾