Li: Berganding Bahu Lawan COVID-19

2020-05-28 17:56:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_likeqiang2

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyatakan China bersedia mengadakan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mengatasi pandemik COVID-19.

Jelas Li, kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak kini boleh diperkasakan dengan mengenal pasti punca wabak secara saintifik.

Beliau berkata, pelbagai negara sedang mempercepat proses mengkaji dan membangunkan vaksin, penawar dan kit ujian yang boleh dinikmati oleh rakyat sejagat.

Li menambah, masyarakat antarabangsa sekarang menghadapi dua cabaran serentak, iaitu mengawal wabak sambil memulihkan sosioekonomi, yang sangat memerlukan koordinasi antarabangsa dalam menangani impak wabak kali ini.

胡星