Tegas Menentang Campur Tangan Luar

2020-05-28 12:20:09  CRI
Share with:

Tekad China untuk menentang segala bentuk campur tangan dari luar tidak akan goyah.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian semalam menegaskan semula bahawa penggubalan undang-undang keselamatan negara membabitkan wilayah Hong Kong merupakan hal ehwal dalaman, yang tidak boleh dicampuri mana-mana negara lain.

Pendirian tersebut disokong Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dalam kenyataannya baru-baru ini.

Lavrov berkata, ugutan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan sekatan terhadap China ekoran perbahasan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) mengenai draf undang-undang keselamatan, mendedahkan sikapnya yang meninggi diri dan sombong.

Zhao Lijian menyifatkan ujaran Lavrov sebagai cerminan betapa tinggi tarafnya hubungan antara China dengan Rusia.

Tegasnya, kerajaan China akan teguh melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara dalam pelaksanaan "satu negara, dua sistem". Sebarang cubaan untuk menjejaskan kepentingan China akan dibalas dengan setimpal.

曹捷