Filipina Longgarkan Perintah Berkurung

2020-05-29 12:16:57  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengumumkan pelonggaran kawalan pergerakan di beberapa bandar utama termasuk Manila dan Davao.

Duterte dalam pengumuman melalui televisyen malam semalam menyatakan Filipina akan memasuki satu normal baharu selepas perintah berkurung dilonggarkan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai bahawa koronavirus masih menular. Sekiranya kembali memburuk, kerajaan akan bertindak sewajarnya untuk mengehadkan aktiviti penduduk.

Dimaklumkan, pelaksanaan dasar kuarantin biasa akan membolehkan jabatan kerajaan beroperasi semula.

Kebanyakan syarikat kecuali pengusaha pelancongan dan hiburan akan dibenarkan menyambung semula kegiatan perniagaan. Sebahagian sektor pengangkutan juga boleh berbuat sama.

Pihak berkuasa menasihatkan para penduduk mengelakkan berada di luar jika tidak perlu. Mereka yang perlu ke tempat awam dikehendaki mengekalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

曹捷