COVID-19: Tiada Kematian di Malaysia dalam 10 Hari

2020-06-02 12:40:55  CRI
Share with:

Sebanyak 38 kes jangkitan COVID-19 baharu dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam setakat 1 Jun, menjadikan jumlah keseluruhannya di negara itu 7,857.

Data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dalam masa 10 hari lalu.
 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa 26 daripada 38 kes baharu itu merupakan kes import.

Beliau menjelaskan, majoriti jangkitan baharu yang dilaporkan di Malaysia mutakhir ini adalah kes import, jangkitan tempatan yang membabitkan pekerja asing serta kluster yang muncul di beberapa depoh tahanan imigresen.

Penularan wabak dalam kalangan warga tempatan pula semakin menurun, yang menandakan mereka mematuhi perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Pihak berkuasa sedang berusaha membendung penularan wabak dalam kalangan pekerja asing.
覃淼