28 Ribu Kes COVID-19 di Indonesia

2020-06-04 11:55:37  CRI
Share with:

Menurut data oleh Kementerian Kesihatan Indonesia, sebanyak 684 lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di negara itu semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya 28,233. Daripadanya, 8,406 telah sembuh manakala 1,698 orang meninggal dunia.

Dalam pada itu, sebanyak 354.4 ribu sampel telah diuji setakat ini.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) melalui akaun Twitternya menyatakan, kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia mencatat 2.97% pada suku pertama tahun ini. Kerajaan akan memperkenalkan siri tindakan bagi merangsang pemulihan ekonomi.

覃淼