Telesidang Khas Menteri Ekonomi ASEAN

2020-06-05 12:24:02  CRI
Share with:
Menteri ekonomi dari negara-negara ASEAN telah mencapai konsensus untuk memperkukuh kerjasama, semasa bermesyuarat membincangkan impak COVID-19 secara telesidang semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Vietnam, negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, juga membawa kepada persepakatan membabitkan penyelarasan rantai bekalan.

Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam, Tran Tuan Anh memaklumkan bahawa Pelan Tindakan Hanoi yang disusun berdasarkan konsensus para menteri ekonomi, turut diluluskan.

Pelan tersebut menggariskan tindakan spesifik bagi memulihkan ekonomi ASEAN termasuk mengekalkan keterbukaan pasaran, mempertingkat ketahanan dan kemampanan rantai bekalan serantau di samping mengelakkan langkah bukan tarif yang tidak perlu.

Antara langkah lain, menggalakkan pemudahan perdagangan serantau, selain memanfaatkan teknologi digital dan e-dagang dalam operasi dan pembangunan syarikat, khususnya yang berskala kecil, sederhana dan mikro.
覃淼