COVID-19: Malaysia Catat Kes Baharu Paling Tinggi

2020-06-05 15:09:29  CRI
Share with:

Sebanyak 277 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam masa 24 jam kelmarin, paling tinggi bagi mana-mana hari sejak pandemik itu mula menular.

Kebanyakan jangkitan baharu membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di depoh tahanan imegresen sekitar Kuala Lumpur.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan setakat semalam, jumlah kes positif COVID-19 di negara itu mencatat 8,247.

Dalam masa 24 jam yang sama, seramai 28 pesakit selesai menjalani rawatan, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh 6,559.

Angka kematian pula kekal pada 115.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan depoh yang terlalu sesak kemungkinan menjadi punca virus berkenaan merebak antara tahanan. Ramai yang dijangkiti gagal dikesan sewaktu saringan kali pertama.
 
Kebelakangan ini, Malaysia merekodkan kenaikan dalam jumlah kes positif membabitkan pekerja asing, sementara jangkitan warga tempatan makin berkurang.

徐国玮